Daddy Hood jawab taunting Dominus, nak belanja Supreme kalau menang

Pasukan Geek Fam sangat bertenaga pada minggu kedua dan ketiga dan mereka berjaya menewaskan pasukan Homebois serta Team Bosskur dengan kemenangan bersih 2-0.

Mereka berjaya memecahkan sumpahan dan Dominus sempat melakukan taunting di akhir permainan, mempamerkan dua gambar pemain dan pempengaruh terkenal, Soloz dan Daddy Hood.

Taunting dari Dominus ibarat sudah berjaya menewaskan pasukan yang dibina oleh Daddy Hood, Homebois dan pasukan yang Soloz pelopori iaitu Team Bosskurr.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Seterusnya, Daddy Hood membalas taunting Dominus di dalam satu video yang dimuat naik MPL Malaysia sendiri dari Instagram mereka. 

Daddy Hood mengatakan “Okay Dominus, kalau korang menang lawan Homebois minggu ni (minggu ke-4), aku akan bagi kau hadiah, barang Supreme original. So make sure (pastikan) kasi menang,” katanya.

Adakah Geek Fam akan berjaya menewaskan pasukan Homebois sekali lagi pada minggu ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+