Dapatkan Batman Arkham Collection & Lego Batman Trilogy Secara Percuma Di Epic Games Store

Berita baik kepada semua peminat Batman.

Sempena ulangtahun ke-80 Batman, Epic Games Store memberikan enam game Batman daripada Batman Arkham Collection & Lego Batman Trilogy secara percuma.

Ini bermakna korang boleh dapat Batman: Arkham Asylum, Batman City dan Batman: Arkham Knight, Lego Batman: The Videogame, Lego Batman 2: DC Super Heroes dan Lego Batman 3: Beyond Gotham tanpa sebarang kos melalui akaun Epic Games Store.

Kedua-dua koleksi Batman ini merealisasikan impian korang untuk jadi adiwira Dark Knight dalam dua perspektif berbeza. Batman Arkham Collection adalah gabungan tiga game Batman yang dibangunkan oleh Rocksteady Studios yang fokus kepada sisi Batman yang lebih brutal dan gelap manakala Lego Batman Trilogy mendedahkan sisi Batman lebih ceria dan kelakar bersama adiwira DC lain.

Dapatkan kedua-dua koleksi trilogi Batman di sini bermula sekarang sehingga 26 September.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+