job listings di WB Montreal, mencadangkan studio yang membangunkan Batman: Arkham Origins akan kembali sekali lagi untuk permainan video baru menampilkan Dark Knight."> job listings di WB Montreal, mencadangkan studio yang membangunkan Batman: Arkham Origins akan kembali sekali lagi untuk permainan video baru menampilkan Dark Knight." /> job listings di WB Montreal, mencadangkan studio yang membangunkan Batman: Arkham Origins akan kembali sekali lagi untuk permainan video baru menampilkan Dark Knight." />

WB Montreal Mungkin Sedang Mengusahakan 2 Permainan Open World DC Universe

Awal tahun ini, kita ada terserempak dengan job listings di WB Montreal, mencadangkan studio yang membangunkan Batman: Arkham Origins akan kembali sekali lagi untuk permainan video baru menampilkan Dark Knight

Tapi ada berita lebih baik! Kita mungkin akan dapat dua permainan dunia terbuka yang mendapat hak perlesenan daripada DC.

Dalam satu podcast bersama Osama Dorias (senior game designer untuk WB Montreal), dia sedang mengusahakan projek satu permainan dunia terbuka dalam DC Universe dan sekarang projek berlainan untuk WB Montreal.

Dia berkata dia sedang mengusahakan satu IP untuk DC tapi tak memberitahu yang mana. Mungkin ada antara kita semua menganggap WB Montreal ingin meneruskan projek Batman tapi mungkin ia adalah Superman.

Apa pun butirannya setakat ini masih belum kukuh dan kita pasti akan tahu berita penuh tak lama lagi. 

Sementara itu, korang boleh main Batman: Arkham Origins di Xbox One sekarang dengan fungsi backward compability bermakna ia juga tersedia untuk PlayStation 3, Wii U dan juga PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+