Dapatkan Ghost Recon serta DLC secara percuma

Untuk meraikan ulang tahun ke-20 siri penembak Tom Clancy’s Ghost Recon, Ubisoft memberikan secara percuma permainan pertama siri ini, serta DLC untuk beberapa sekuelnya seperti Wildlands dan Breakpoint. Ketiga-tiganya boleh didapati sehingga 11 Oktober di Ubisoft Connect.

Anda boleh menebus permainan percuma Tom Clancy’s Ghost Recon untuk PC bersama dengan Fallen Ghosts DLC untuk Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands dan Deep State Adventure untuk Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint.

Semua permainan ini boleh ditebus secara langsung melalui pelancar Ubisoft Connect di PC atau melalui laman rasminya, di mana anda boleh memilih platform pilihan anda sekiranya anda mahukan Wildlands DLC untuk Xbox One, PlayStation 4, Stadia, atau di Epic Games Store. Ghost Recon yang asal itu hanya boleh didapati di PC.

Prosesnya sedikit berbeza untuk mendapatkan DLC Deep State Adventure. Bagi penebusan DLC Breakpoint ini, anda mesti membuka aplikasi permainan di platform pilihan anda, dan pergi ke tab ‘expansion‘ di kedai dalam permainan, dan beli Deep State Adventure DLC untuk 0 Ghost Coins. Anda perlu memiliki permainan Wildlands atau Breakpoint untuk mengakses DLC secara percuma.

Ubisoft juga mengumumkan permainan battle royale terbarunya, iaitu Ghost Recon Frontline yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tom Clancy’s Ghost Recon serta DLC bagi Wildlands dan Breakpoint boleh dituntut secara percuma sehingga 11 Oktober.

RELATED NEWS

+