Dapatkan kandungan Among Us X Arcane sebelum 31 Disember ini

Among Us melalui kolaborasi bersama siri animasi Arcane kali ini melancarkan kandungan berasaskan siri itu melalui kerjasama bersama Cosmicube. 

Pemain kini berpeluang untuk bermain sebagai karakter Arcane kegemaran mereka di dalam Among Us yang kini tersedia hingga 31 Disember ini. 

Melalui kolaborasi ini, pemain akan mendapat akses champion kegemaran peminat, topi dan kulit daripada francais League of Legends seperti Jayce, Heimerdinger dan Caitlyn. Barangan ini akan tersedia di sistem Cosmicube.

Pemain boleh membeli Cosmicube bertema, aktifkannya untuk mendapatkan Pods melalui permainan dan Pods itu boleh digunakan untuk membuka kosmetik melalui sistem Cosmicube. Kosmetik ini hanyalah kosmetik visual tanpa sebarang kesan animasi khas. 

Arcane Cosmicube ini akan tersedia sehingga 31 Disember ini sahaja. Tetapi, bagi mereka yang sudah membeli Cosmicube, dan membuka barangan kosmetik di dalamnya, ia akan kekal buat selamanya. 

Artikel ini disunting dan diterjemah daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+