Arcane bolot 9 kategori di Annie Awards ke-49

Siri Arcane yang mendapat pujian daripada media antarabangsa dan peminat League of Legends berjaya menyambar sembilan kategori di Anugerah Annie Awards ke-49 baru-baru ini.

Menurut laporan DotEsports, majlis anugerah yang diadakan pada 12 Mac itu mempertandingkan lebih 30 kategori dengan hampir 80 penyertaan.

Arcane juga bukan menang mudah kerana mereka berhadapan dengan beberapa animasi hebat seperti Star Wards: Visions, Castlevania dan lain-lain.

Ini adalah senarai kategori dimenangi Arcane:

  • TV/Media Terbaik – Penonton Umum (“When These Walls Come Tumbling Down”)
  • Animasi Karakter Terbaik – TV/Media  (“The Monster You Created”)
  • Rekaan Karakter Terbaik  – TV/Media (“Some Mysteries Better Left Unsolved”)
  • Pengarahan Terbaik – TV/Media (“The Monster You Created”)
  • Rekaan Produksi Terbaik – TV/Media (“Happy Progress Day!”)
  • Papan Cerita Terbaik – TV/Media (“When These Walls Come Tumbling Down”)
  • Lakon Suara Terbaik – TV/Media (Ella Purnell as Jinx in “When These Walls Come Tumbling Down”)
  • Penulisan Terbaik – TV/Media (“The Monster You Created”)

Arcane adalah sebuah siri animasi yang diinspirasikan daripada League of Legends, menceritakan beberapa karakter penting dari Piltover dan Zaun seperti Jinx, Vi, Caitlyn, Jayce, Viktor dan lain-lain.

Ia boleh ditonton di Netflix sebanyak sembilan episod yang ditayangkan sejak 6 November. Musim kedua juga sudah diumumkan dalam pembikinan.

Sumber rujukan: DotEsports

RELATED NEWS

+