Dapatkan Lego: The Hobbit Secara Percuma Dalam Masa Terhad

Hari ini Humble Bundle memberikan lagi game percuma! Kali ini, giliran Lego: The Hobbit pula.

Lego: The Hobbit adalah sebuah game aksi dibangunkan oleh Traveller’s Tales (TT Games) yang mengisahkan The Hobbit, satu karya terkenal oleh J.R.R Tolkien dalam bentuk patung Lego. Untuk game ini, pemain akan mengikuti pengembaraan fantasi Middle-earth dalam pelbagai karakter seperti Bilbo Baggins, Gandalf & seluruh 13 orang kerdil seperti yang ditonjolkan dalam siri filem dengan nama yang sama arahan Peter Jackson.

Dua filem daripada trilogi The Hobbit akan disertakan dalam game ini: An Unexpected Journey dan The Desolation of Smaug. Seperti biasa, kisah The Hobbit dalam game ini akan diubah sedikit untuk menyelit masuk elemen lucu yang menjadi trademark untuk semua game LEGO. 

Korang boleh dapatkan game ini secara percuma di Humble Bundle bermula pada hari ini sehingga 15 Disember dengan menekan pautan ini. Sebaik sahaja korang tebus, Humble Bundle akan hantar kod Steam ke emel korang dan…. ta-da! Korang dah boleh main Lego: The Hobbit di PC! Kalau korang minat game ini, alang-alang boleh cuba main Lego The Lord of the Rings pula.

RELATED NEWS

+