Dapatkan Lego: The Lord of The Rings Secara Percuma Dalam Masa Terhad

Humble Bundle memeriahkan lagi musim cuti sekolah dengan game percuma!

Lego: The Lord of The Rings adalah sebuah game aksi dibangunkan oleh Traveller’s Tales berdasarkan trilogi filem The Lord of The Rings. Semua kisah fantasi epik korang lihat dalam filem The Fellowship of the Ring, The Two Towers dan The Return of the King telah bertukar menjadi menjadi Lego.

Lego: The Lord of The Rings memperlihatkan karakter seperti Frodo, Gandalf, Aragorn dan ramai lagi dalam figura Lego dan mengikut jalan cerita hampir sama tetapi disuntik dengan elemen komedi iaitu merupakan satu trademark untuk seluruh game Lego.

Korang boleh dapatkan game ini secara percuma dan simpan dalam library Steam buat selama-lamanya dengan menekan pautan ini bermula pada hari ini sehingga 22 Disember pada pukul 2 pagi atau sementara stok masih ada.

Selepas korang klik butang ‘Get It Now’, layari ke laman emel pilihan korang dan pastikan korang tebus kekunci Lego The Lord of The Rings serta-merta sebelum kekunci itu luput pada 27 Disember.

RELATED NEWS

+