“Dedikasi dan semangat arwah terhadap permainan video tidak pernah berakhir,” – jurnal Isteri mengenang arwah suami

Pasti amat sukar untuk sesiapa pun apabila kehilangan orang tersayang.

Ashura Izwani, isteri kepada Haziq sudah membuat satu jurnal di twitter suaminya @aziq_kirchhoff.

Jurnal itu menceritakan memori bersama suaminya dan dedikasi suaminya terutamanya dalam bidang industri permainan video.

Arwah Haziq adalah orang yang sangat berdedikasi dan juga salah seorang pekerja Streamline Studios, sebuah studio permainan video di Malaysia.

Streamline Studios juga bukan calang-calang studio dan berjaya mengeluarkan beberapa permainan video dan portfolio yang kuat.

Dalam jurnal yang dibuat oleh Ashura, terdapat satu ciapan yang menceritakan betapa minatnya arwah Haziq terhadap industri permainan video.

Arwah Haziq juga mempunyai satu fail excel yang mempunyai lebih 500 permainan video untuk dijadikan rujukan dan berjaya menarik perhatian Streamline Studios sebagai pereka, pengaturcara dan pelbagai lagi.

Arwah juga tidak terlepas dalam membuat ciapan mengenai populariti permainan video yang dibuatnya dengan statistik sendiri.

Penulis juga menjadi salah seorang yang menunggu-nunggu ciapan mingguan untuk mengetahui apakah permainan video yang popular untuk minggu ini.

Tidak sangka arwah juga ada mengikuti MyGameOn di Twitter.

Senarai di bawah ini adalah senarai yang terakhir dikeluarkan oleh Arwah Haziq.

Sedikit penambahan dari Ashura, arwah Haziq sangat suka membaca berita-berita permainan video, berdiskusi dengan para pemain yang lain dan mendengar podcast permainan video dari luar negara.

Arwah juga bercita-cita untuk menubuhkan syarikat permainan videonya satu hari nanti.

Walaupun dengan cita-citanya sendiri, arwah tidak pernah terlepas tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dan sangat mementingkan keluarga.

Anda boleh membaca jurnal yang dibuat secara penuh di akaun Twitter arwah Haziq.

Akaun itu kini diuruskan oleh isterinya dan kami berdoa agar arwah tenang dan baik-baik di sana.

Semoga Ashura dan keluarga kekal tabah menghadapi ujian Allah ini. InsyaAllah.

RELATED NEWS

+