Mohon bantuan dana belajar tetapi digunakan untuk Genshin Impact?

Hari ini terdapat seorang pelajar bermain Genshin Impact yang menjadi desas-desus antara netizen di Twitter.

Pada awalnya pelajar ini hanya memohon bantuan dana untuk membiayai pengajiannya dan membayar yuran pengajian.

 

Namun, terdapat seorang yang mendedahkan bahawa pelajar itu sebenarnya menggunakan duit bantuan dana untuk melakukan transaksi ke Genshin Impact.

Genshin Impact mempunyai beberapa sebab untuk anda melakukan transaksi iaitu Blessing of the Moon, Battle Pass dan Primogems.

Ketiga-tiga itu membolehkan anda mendapatkan primogems dan sumber untuk mengurangkan anda dari farming yang banyak.

Pelajar yang sama juga dikatakan pernah memohon bantuan dana untuk semester yang sebelumnya juga.

Pelajar itu juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menggunakan duit dari kerjanya sendiri.

“Berkenaan dengan permainan video, saya ada menggunakan sedikit duit itu. Tiada alasan. Saya mohon maaf. Saya juga menggunakan duit itu untuk membeli komputer riba, pakaian ketika di kampus. Saya juga menggunakan duit itu selama dua semester.”

Ramai netizen tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana dari menggunakan duitnya untuk tambah nilai Genshin Impact, sepatutnya dia patut menggunakan duit itu untuk pengajiannya sendiri dan boleh mengurangkan permohonan dana bantuan yang dimintanya di Twitter.

Ada juga yang marah disebabkan kenyataannya yang bercanggah dengan apa yang dibuat.

“Jika dia boleh menggunakan duitnya untuk minatnya sendiri. Sepatutnya dia boleh menggunakan wang hasil kerja untuk membayar yuran pengajiannya,”

“Lebih baik jual sahaja akaun gacha itu untuk mendapatkan duit,” kata pengguna lain.

Akhir kata, orang ramai perlu berhati-hati kerana zaman sekarang orang akan mempergunakan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian mahupun wang.

RELATED NEWS

+