Ada orang guna gambar rumah dari The Sims untuk pengubahsuaian rumah sebenar

The Sims memang terkenal dengan kebolehan untuk membina rumah idaman anda.

Malah, ada juga yang menggunakan The Sims untuk tujuan pembelajaran bagi pelajar-pelajar arkitek.

Satu ciapan di Twitter menunjukkan seseorang membuat tangkap layar dan mencetak gambar itu untuk diberi bagi pengubahsuaian rumahnya.

“Tidak mungkin. Biar betul individu ini hantar gambar The Sims untuk pengubahsuaian rumah. Sehingga dicetak,” tulis ciapan itu.

Netizen juga ada menceritakan pengalaman mereka mengenai hal ini.

“Rakan saya anak TGB (orang politik) disuruh untuk mereka rumah menggunakan autoCad tetapi laptop tidak cukup kuat akhirnya guna Sims Mobile,”

“Isteri rakan saya beri kontrak guna rekaan dari The Sims dan kontraktor itu mengiyakan sahaja,”

Mana tahu nanti pada masa hadapan lebih ramai orang guna The Sims untuk membina rumah idaman mereka nanti?

RELATED NEWS

+