Demo Final Fantasy 16 akan tiba hari ini!

Square Enix mengumumkan demo untuk Final Fantasy 16 akan hadir hari ini mengikut masa di negara mana anda berada.

https://www.gameshub.com/wp-content/uploads/sites/5/2023/06/image-2.png?resize=1024,593

Demo ini akan memberikan anda masa bermain selama 2 jam dengan prolog protagonist Clive ketika muda.

Save data dari demo ini juga boleh disambungkan terus kepada versi penuh Final Fantasy 16 nanti.

Tambahan lagi jika anda menghabiskan Prolog, satu Special Battle Demo akan terbuka di mana penceritaan memberi fokus kepada Clive yang lebih tua.

Fungsi ini juga memberikan kuasa istimewa ‘Eikonic’ yang menjadi demonstrasi terbaik untuk cara berlawan dalam Final Fantasy 16.

Final Fantasy 16 bukan sahaja dibina oleh Square Enix tetapi dari PlatinumGames (Nier:Automata) dan divisi Kingdom Hearts 4 Square Enix.

Demo ini akan bermula hari ini bermula 6 petang nanti!

Final Fantasy 16 akan dilancarkan mulai 22 Jun ini untuk PlayStation 5.

RELATED NEWS

+