Review: Hi-Fi Rush guna pendekatan berbeza, gabungan aksi irama + muzik yang ‘catchy’

Unit review ini dimainkan di PlayStation 5.

Hi-Fi Rush adalah sebuah permainan video terbaru dibangunkan oleh Tango Gameworks. Studio ini terkenal dengan game mereka yang cukup popular iaitu The Evil Within dan The Evil Within 2. Akan tetapi studio ini membawa pendekatan yang berbeza untuk game Hi-Fi Rush di mana mereka menggabungkan artwork cartoonish dan muzik, menjadikan ia sebuah permainan aksi irama yang catchy.

Game ini mengisahkan tentang Chai yang mengalami kecacatan di tangan kanan yang tidak boleh lagi digunakan. Impian beliau adalah untuk menjadi rockstar yang terkemuka.

Penulis sempat untuk mencuba game ini (edisi Deluxe) dan ternyata ia memang di luar jangkaan. Untuk makluman anda semua, perbezaan deluxe edition dan standard edition adalah seperti berikut:

  • 2 Chai outfit
  • 7 Bonus t-shirt Chai
  • Tema skin guitar 808-
  • Alternate skin 808
  • 20,000 Gears untuk mendapatkan upgrade terawal

COMBAT SYSTEM

Dari segi pertarungan, ia mengutamakan muzik di mana elemen ini akan menjadi peneman anda. Di dalam gameplay game ini, anda perlu synchronize muzik bersama serangan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Hi-Fi Rush menggunakan konsep sistem click dan timing di mana anda perlu combo attack anda terhadap musuh yang ada bersesuaian dengan muzik yang sedang dimainkan. 

Contohnya, tekan button empat segi pada joystick anda selama 4 kali dan akan keluar indicator yang anda perlu tekan untuk combo terakhir. 

Timing sangat penting di dalam kombo ini kerana indicator itu perlu ditekan tepat pada masanya dan normal hit anda akan berubah menjadi lebih kuat.

Apa yang menarik sekali adalah skor anda berdasarkan berapa jumlah kombo yang anda buat, masa yang digunakan untuk menumbangkan musuh. Kombo ini akan menambahkan flexibility anda di mana anda boleh menukar light attack atau heavy attack bersesuaian dengan alunan muzik yang sedang dimainkan.

Jika anda perlu reset kombo yang sedang dilakukan, anda hanya perlu tekan dash untuk mula kembali kombo yang baru. Jadi anda tak perlu risau untuk lakukan kombo sambil dodge attack yang dikeluarkan musuh.

GEARS

Gears adalah sejenis currency di dalam game Hi-Fi Rush. Ia digunakan untuk mendapatkan special attack yang baru dan juga menambahkan lagi kekuatan Chai.

Anda akan dapat menggunakan Gears buat pertama kalinya ketika dihantar ke Hideout selepas menewaskan Boss QA-1Mil di dalam Track 1. Kemudian, anda boleh berinteraksi dengan Peppermint untuk menggunakan Gears.

Mengumpul Gears di setiap stage yang ada adalah sangat penting. Anda boleh dapatkan pelbagai basic attack Chai menggunakan Gears namun ia menggunakan kos yang tinggi sehingga 20,000 Gears. Jadi anda perlu grind banyak misi untuk mencapai jumlah itu.

TIPS UNTUK MENDAPATKAN S RATING

  • Untuk mendapatkan rating S, anda perlu perhatikan Combo Meter. Combo sebanyak mungkin dengan success untuk meningkatkan score anda.
  • Elakkan dari menggunakan basic attack yang sama berulang kali kerana ia akan mengurangkan skor oleh penalti yang dikenakan.
  • Latih diri anda untuk lakukan combo indicator dengan masa yang tepat kerana ia akan dapat meningkatkan skor.

Anda dah cuba main Hi-Fi Rush ni? Penulis boleh cakap anda wajib cuba kerana ia mempunyai gameplay yang sangat menarik dengan pendekatan combat system yang hebat dari studio ini.

Hi-Fi Rush kini dilancarkan di platform Playstation 5.

RELATED NEWS

+