Destruction AllStars akan dilancarkan secara percuma untuk PlayStation Plus pada Februari 2021

PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan secara global pada 19 November ini. Antara permainan pelancaran yang sepatutnya tiba bersama konsol tersebut ialah Destruction AllStars. Malangnya, pelancaran permainan tersebut telah ditangguh ke tahun depan.

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan bahawa Destruction AllStars akan dilancarkan secara percuma dalam katalog PlayStation Plus (PS Plus) pada Februari 2021. Pelanggan PS Plus boleh menebus permainan tersebut dalam tempoh dua bulan selepas ia dilancarkan, selepas itu ia perlu dibeli.

“Destruction AllStars ialah sebuah permainan multi-pemain yang dinikimati sepenuhnya apabila bermain dengan pemain secara dalam talian. Kami ingin melihat seramai mungkin pemain menikmati permainan ini di PS5 dan tiada cara yang lebih baik daripada menyediakannya kepada ahli-ahli PS Plus,” kata Pete Smith, Pengarah Pembangunan Produk SIE.

Pada pendapat penulis, kemungkinan besar keputusan ini diambil kerana pembangunan Destruction AllStars masih belum siap dan studio pembangunannya Lucid Games memerlukan masa yang lebih banyak untuk memastikan permainan ini boleh dinikmati para pemilik PS5.

Untuk mereka yang telah pra-tempah permainan ini, SIE menjaminkan anda akan dibayar balik.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+