Inisiatif PlayStation ‘Play at Home’ tahun ini memberikan Ratchet & Clank (2016) untuk pengguna PlayStation

Sony Interactive Entertainment mengumumkan inisiatif ‘Play at Home‘ yang dimulakan pada tahun lepas akan kembali pada tahun ini bermula dari 1 Mac ini. Pada tahun lepas, syarikat tersebut menawarkan Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey secara percuma untuk semua pengguna PlayStation.

Bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac tahun ini, pengguna PlayStation boleh menebus permainan Ratchet & Clank (2016) secara percuma. Inisiatif ini akan berterusan sehingga bulan Jun tahun ini. Permainan-permainan lain akan ditawarkan secara percuma untuk bulan-bulan yang akan datang.

Untuk pengguna-pengguna PlayStation yang menetap di negara-negara di mana aplikasi tontonan anime Funimation atau Wakanim, anda akan menerima akses yang dipanjangkan bermula dari 25 Mac ini.

Dua tujuan utama inisiatif ‘Play at Home’ adalah untuk menghiburkan para pemain di rumah ketika pandemik COVID-19 masih berleluasa dan membantu studio-studio pembangunan permainan kecil yang mengalami masalah kewangan yang diakibatkan oleh pandemik ini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+