Pereka DualSense menjelaskan kajian awal tentangnya

Salah satu ciri yang paling popular dari DualSense controller PS5 adalah maklum balas haptik (haptic feedback) dan pencetus adaptif (adaptive triggers). Permainan video seperti Playroom dan Returnal adalah beberapa pameran terbaik untuk ciri-ciri ini. Haptik membuat anda merasa lebih mendalami dunia maya dan pencetus adaptif memberikan ketegangan ketika mengeluarkan busur dan menembak senjata.

Ketika ulang tahun pertama controller itu makin hampir, Sony sudah berkongsi maklumat baru dengan IGN mengenai penciptaan DualSense dan bagaimana ciri-ciri terkenalnya disifatkan sebagai fungsi yang wajib untuk dimasukkan dalam reka bentuk terakhir controller itu.

Pengarah produk Sony Interactive Entertainment, Toshi Aoki memberitahu IGN bahawa ia selalu menjadi sebahagian daripada rancangan pasukan produk untuk memasukkan maklum balas haptik dan pencetus adaptif di dalam Dual Sense. Keputusan itu berdasarkan kajian mereka melihat haptik digunakan di dalam teknologi mudah alih, memutuskan untuk membuat kajian mereka sendiri untuk melihat bagaimana mereka dapat memasukkan teknologi itu ke dalam permainan.

Semasa membuat prototaip pertama, Aoki mengatakan bahawa pasukan produk itu menggunakan haptik dan sensor gerakan dengan demo yang memaparkan bola logam dan bola plastik berguling di dalam kotak. “Ia berjalan dengan baik sekali” ujar beliau kepada IGN. Prototaip seterusnya termasuk DualShock 4 dengan maklum balas haptik dan didapati menggunakan demo yang sama memberikan pengalaman yang serupa.

Ketika pasukan produk berkongsi prototaip dengan pasukan Playstation Studio, “setiap orang yang menggunakannya mengatakan bahawa mereka menginginkannya di controller seterusnya” kata Aoki kepada IGN.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+