Devil May Cry 5 Guna Duit Betul Untuk Memudahkan Permainan

Devil May Cry 5 bakal menerapkan sistem microtransactions untuk mempercepatkan upgrade karakter.

Menurut laporan GameSpot, pemain akan berjumpa dengan sebuah arca dinamakan sebagai Divinity Statue iaitu sebuah kedai di mana pemain boleh membeli-belah barangan menggunakan orb yang dikumpulkan sepanjang game.

Divinity Statue dalam Devil May Cry 4 berfungsi sebagai sebuah kedai di mana korang boleh beli skill upgrade menggunakan Red Orb

Dalam siri Devil May Cry, orb berwarna merah adalah matawang dalam game ini dan pemain dapat orb ini selepas babak combat ataupun dengan memecah segala harta benda di persekitaran untuk mengumpul orb.

Melalui paparan Divinity Statue, penulis Gamespot menemui satu seksyen di mana pemain boleh dapatkan lebih banyak orb dengan duit betul bagi memudahkan proses upgrade Dante lebih pantas berbanding cara biasa dapatkan orb iaitu melalui grinding.

Menurut pengarah Devil May Cry 5, Hideaki Itsuno berkata, “Kami menawarkan keupaayan membeli Red Orb menggunakan duit betul untuk memperbanyakkan pilihan kepada pemain. Kalau mereka mahu jimat masa dan mahu dapatkan semua benda serentak, pemain boleh gunakan cara (microtransactions) ini.”

Namun, beliau menambah semua ini terpulang kepada pilihan dan gaya pemain. “Pemain sepatutnya bermain game ini mengikut cara mereka tersendiri,” kata Itsuno.

Ini bukan pertama kali Capcom memasukkan ciri microtransaction dalam francais Devil May Cry. Penambahan microtransaction ini pernah diwujudkan dalam Devil May Cry 4 Special Edition atas sebab yang sama. 

Korang juga boleh saksikan Dante beraksi dengan motorsikal Cavaliere dipecah menjadi dua bilah gergaji dan sepasang sarung tangan berapi Balrog dalam demo Devil May Cry 5 selama 20 minit di bawah:

Devil May Cry 5 akan dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, Xbox One dan PS4.

RELATED NEWS

+