Kolaborasi Mega Man X dan Minecraft – Mengimbau kenangan lama

Peminat Mega Man X sudah lama menunggu berita permainan video baharu dari francais ini untuk beberapa tahun.

Siapa sangka Mega Man X kembali bukan sebagai permainan video baharu tetapi sebagai kolaborasi dengan Minecraft.

Kemas kini terbaru ini akan tersedia sebagai DLC untuk Minecraft.

Anda akan mendapat skin karakter X, Zero dan lain-lain, barisan lagu dan sokongan untuk bermain bersama-sama rakan.

Anda boleh menjadi X dan mendapat sembilan senjata untuk ditukar untuk berlawan beberapa robot Maverik yang penuh ikonik seperti Chill Penguin, Storm Eagle, Armored Armadillo dan Sting Chameleon.

Sudah semestinya anda juga akan berlawan dengan bos ikonik francais Megaman iaitu Sigma.

Namun adakah ini sahaja berita baru mengenai Mega Man X yang kita akan dapat selepas bertahun-tahun?

RELATED NEWS

+