Capcom baru-baru ini mengumumkan tarikh keluar Monster Hunter Rise: Sunbreak yang bakal menjadi kemaskini terbaru besar yang sama taraf dengan Iceborne untuk Monster Hunter World.
Monster Hunter Rise: Sunbreak akan dilancarkan pada 30 Jun ini.
Beberapa raksasa baru dan lama juga diperkenalkan untuk Sunbreak.
Kandungan muat turun ini akan memperkenalkan Master Rank dan membawa Hunter ke tempat yang baru iaitu Elgado Outpost.
Raksasa Baru
Malzeno- Elder Dragon
Malzeno adalah Elder Dragon baharu dan juga raksasa maskot untuk Sunbreak.
Dengan sayap merah dan ciri-ciri yang diambil dari vampire nyata membuat Malzeno sangat unik dari Elder Dragon yang lain.
Shogun Ceanataur
Ketam besar dari Monster Hunter 2 ini akan kembali untuk versi Sunbreak.
Lunagaron – Fang Wyvern
Lunagaron adalah Fang Wyvern baharu untuk Sunbreak.
Lunagaron mempunyai rupa seperti serigala tetapi dengan kuasa ais yang boleh digunakan untuk menyerang dan melindungi diri sendiri.
Raksasa ini diambil inspirasi dari serigala jadian.
Garangolm
Garangolm adalah raksasa Fang Beast baharu untuk Sunbreak.
Ia mempunyai kelebihan untuk menggunakan kuasa api dan air serentak.
Blood Orange Bishaten
Bishaten kini mempunyai variasi baharu dari Bishaten yang asal.
Ia kali ini akan membaling buah pokok pain yang boleh meletup berbanding membaling buah-buahan biasa.
Astalos – Flying Wyvern
Akhirnya Astalos memasuki permainan video Monster Hunter moden.
Diperkenalkan di Monster Hunter Generations, Astalos kini kembali dengan kuasa elektrik yang sangat menarik dan sayapnya yang seakan-akan sayap serangga.
Karakter Baru
Dame Fiorayne juga akan menjadi karakter wanita yang akan memperkenalkan karakter anda untuk ke destinasi baharu.
Di sana juga anda akan diperkenalkan dengan Admiral Galleus, Saintis Bahari, Chichae dan Mianyle Blacksmith.
Anda kini boleh membuat pembelian awal di Steam bemula dengan harga RM163 dan RM208.32 untuk versi Deluxe.
Versi Switch harga kemaskini ini adalah AS$39.99, sekitar RM160.