Devil May Cry 5 Mendapat Inspirasi Daripada DmC Dari Ninja Theory

Devil May Cry 5 diperlihat kali pertama di E3 2018 dan menunjukkan kesungguhan Capcom untuk menyambung legasi francais ini selepas sekian lama. 

Kali ini mereka berkongsi yang inspirasi untuk permainan itu adalah dari DmC: Devil May Cry yang dibangunkan oleh Ninja Theory. Permainan itu dilancarkan pada 2013 dan memperkenalkan Dante lebih muda memburu syaitan dengan kombinasi pedang dan pistol.

Tapi adakah bermakna kedatangan Devil May Cry 5 bermakna Capcom cuba memadamkan memori DmC? tak sama sekali. Bercakap dengan VG247, produser Matt Walker memberitahu “Permainan ini memang dibuat untuk peminat — kami bertanyakan mereka untuk sekuel kepada jalan cerita DMC4 selama 10 tahun. Tapi ini bukanlah Ninja Theory atau DmC sama sekali. Kami semua sukakan DmC,”

Macam mana mereka hargai hasil kerja Ninja Theory? Ya, mereka mendapat inspirasi untuk pelbagai perkara.

“Kami belajar banyak dengan Ninja Theory terutamanya kombat yang sudah diusahakan sekian lama dari judul pertama sampai keempat,”

Capcom akan melancarkan Devil May Cry 5 pada awal 2018 untuk Xbox One, PC dan PlayStation 4. 

RELATED NEWS

+