Diablo 4 dan Overwatch 2 sah ditangguh

Activision Blizzard baru-baru ini mengumumkan bahawa pelancaran Diablo 4 dan Overwatch 2 akan ditangguhkan kepada sebuah tarikh baru yang masih belum diumumkan, tahun depan. 

Pengumuman itu diumumkan ketika laporan pendapatan Activision Blizzard yang diadakan pada 2 November. 

Penangguhan Diablo 4 ini dibuat berikutan pertukaran pengarah mereka, Luis Barriga yang dikatakan dipecat berikutan isu gangguan di tempat kerja sebelum ini.

Manakala pembangunan Overwatch 2 pula dikatakan berjalan lancar dan sudah mencapai milestone penting, namun mereka masih memerlukan sedikit masa untuk menjadikan permainan itu lebih baik.

“Ini adalah dua judul paling dinanti-nantikan di dalam industri dan kumpulan kami sudah melalukan langkah besar dalam menyiapkannya pada suku terkini. Tetapi kami yakin dengan memberikan masa tambahan buat kumpulan – akan memastikan pelancaran yang lebih baik kepada komuniti.”

Buat masa ini tarikh pelancaran dua permainan ini masih lagi belum dinyatakan. 

Sumber: Dexerto, IGN SEA, ComicBook.

RELATED NEWS

+