Sejak dunia dilanda krisis COVID-19, penggunaan aplikasi Discord kini menjadi lebih popular sebagai aplikasi komunikasi yang percuma dan mudah diguna. Baru-baru ini, pembangun aplikasi tersebut telah memperkenalkan sebuah fungsi baharu yang sangat berguna.
Discord kini mempunyai fungsi pembatalan hingar (noise cancelling) untuk digunakan semasa voice chat dan video call. Fungsi tersebut dibangunkan oleh Discord dengan kerjasama bersama Krisp.ai.
Anda boleh cuba menggunakan fungsi tersebut di aplikasi komputer Discord, manakala versi mudah alih akan dikemaskini pada masa depan. Ia masih berada pada fasa beta awal dan kemungkinan besar tidak akan berfungsi sebagus yang anda jangkakan.
Walaubagaimanapun, ini merupakan fungsi baharu yang sangat berguna bagi mereka yang mahu rakan-rakan Discord tidak mendengar bunyi-bunyi seperti tekanan kuat pada papan kekunci, bunyi pintu ditutup, dan banyak lagi.
Sumber: Discord Blog
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.