Doraemon: Story Of Seasons Akan Dilancarkan Di PS4 Pada 4 September 2020

Story of Seasons merupakan sebuah siri permainan video simulasi perladangan yang dahulu dikenali dengan nama Harvest Moon. Doraemon: Story of Seasons merupakan judul terbaru dalam siri tersebut dan ia adalah sebuah crossover antara anime Doraemon dan siri Story of Seasons.

Judul tersebut bakal dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada 4 September 2020. Sebelum ini, ia telah dilancarkan di PC dan Nintendo Switch pada tahun lepas. 

Nampaknya versi PS4 ini tidak akan menambahkan apa-apa kandungan baharu. Walaubagaimanapun, ia tetap merupakan judul Story of Seasons pertama yang tiba di konsol tersebut.

Dalam permainan ini, anda bermain sebagai Nobita dan anda serta watak-watak Doraemon lain ditempatkan di sebuah kawasan bernama Natura. Permainan ini lebih menitikberatkan interaksi bersama watak-watak lain berbanding mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan misi.

Antara aktivit-aktiviti yang boleh dilakukan ialah bercucuk tanam, menangkap serangga, memancing, dan banyak lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+