DOTA 2: OG ‘Break The Curse’, Bawa Pulang USD11 Juta Dalam The International 2018

Pasukan Dota 2 Eropah, OG akhirnya berjaya memecahkan tradisi (break the curse) yang skuad China akan memenangi kejohanan setiap dua tahun di The International!

Mereka mencatatkan rekod bersejarah itu apabila meraih kemenangan ke atas PSG.LGD dengan skor akhir 3-2 lalu menamatkan spekulasi dicetuskan peminat selepas sekian lama. The International tahun lalu dimenangi Team Liquid dari Eropah.

OG yang dianggotai oleh Anathan Pham (ana), Topias Taavitsainen (Topson), Sebastien Debs (7ckngMad), Jesse Vainikka (JerAx) dan Johan Sundstein (N0tail) membawa pulang lebih USD11 juta.

Kami di MyGameOn mengucapkan tahniah kepada OG! Nantikan artikel selanjutnya menyusul.

TAGS

RELATED NEWS

+