DOTA 2: [RASMI] Mushi Keluar Daripada Mineski

Pemain profesional Dota 2 negara, Chai Yee Fung (Mushi) sah keluar daripada organisasi itu semalam.

Dia memuat naik satu posting di Facebook, mengatakan dia adalah free agent sekarang dan terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan.

Pada awalnya, Mushi bersama Mineski sejak Mac 2017 dan pernah meraih pencapaian cukup membanggakan di Dota 2 Asia Championships 2018 pada bulan April lepas.

Walaupun Mushi tidak lagi memberitahu ke mana hala tujunya selepas ini, kami rasa taklah begitu susah untuk bekas kapten Mineski ini mencari skuad baru.

Kami di MyGameOn berharap Mushi dapat menemui skuad baru dalam masa terdekat ataupun menjadi jurulatih jika dia berkeinginan.

RELATED NEWS

+