DOTA2 2: Crystallis kini bersama Team Secret

Pada 4 hari lepas, Team Secret melepaskan Sumail dari barisan pemain Dota 2 mereka. Ramai peminat tertanya-tanya siapakah bakal menggantikan posisi “King” itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Kini Team Secret mendedahkan pemain baru mereka iaitu Crystallis yang akan bermain di posisi carry. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

Pemain yang baru berusia 21 tahun ini mencapai 12,000 mmr pada bulan April lalu. Sebelum ini, dia menyertai pasukan dari India iaitu Entity. 

Selain itu, Crystallis adalah salah seorang pemain yang pernah bersama pasukan Dendi iaitu B8 selama enam bulan sebelum berpindah ke pasukan Creepwave.

Sejauh manakah kebolehan pemain ini untuk menambahkan lagi kekuatan pasukan Team Secret selepas ini? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: Team Secret

RELATED NEWS

+