DOTA2: Arcana Earthshaker – Planetfall Dilancarkan

Kita sudah melihat banyak arcana dihasilkan Valve dan kali ini giliran Earthshaker pula mendapatkannya! 

Dipanggil Planetfall, ia boleh didapatkan pemilik TI9 Battle Pass dengan level 365 atau lebih tinggi. Dari luarannya, arcana ni memang sempoi dan awesome gila!

Ia mempunyai perubahan pada tiga abiliti:

Enchant Totem (yang hanya dilakukan menggunakan satu tangan dengan arcana).

Aftershock (yang menunjukkan rekahan berwarna biru dan Echoslam (yang memberi efek bulatan berwarna biru).

Walaupun Fissure tak mempunyai efek istimewa, Immortal Totem yang berada dalam Immortal Treasure 1 untuk TI9 Battle Pass memang sesuai dengan arcana baru ini.

Menariknya, ia mempunyai stail berbeza! yang boleh diguna apabila memperoleh 500 Echoslam kills atau assists.

Untuk video pendek dan apa lagi yang terdapat dalam arcana ini, korang boleh rujuk twit di bawah:

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+