DOTA2: Penantian Navi Selama Tiga Tahun Berbaloi

Demam The International makin menjadi-jadi. Semalam, fasa satu untuk pusingan kelayakan serantau baru saja berakhir. 

Selepas tiga tahun menunggu, nampaknya Navi berjaya layak ke The International 9! Mereka berjaya menewaskan Winstrike dengan skor 3-0 dalam grand final kelayakan CIS TI9. 

Perjalanan mereka bukan mudah kerana berdepan dengan draft yang sukar dan hampir-hampir saja ke top 4 untuk playoffs. Semalam pun, mereka tewas awal di tangan Vega Squadron 1-2 namun berjaya menebus kekalahan di lower bracket finals dan seterusnya bertemu Winstrike.

Kedua-duanya (Navi dan juga sekutu lama, Alliance) menunggu tiga tahun untuk layak dan ini semua untuk peminat mereka!

Juga yang layak pada fasa satu adalah Infamous dari pusingan kelayakan Amerika Selatan.

Fasa kedua sudah bermula sekarang menyaksikan skuad dari China, Eropah dan Amerika Utara berentap merebut satu slot ke TI9.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+