DOTA2: ‘Selain VG, Saya Rasa Pasukan China Lain Agak ‘Stagnant’ – xNova

The International 2019 kian hampir dan di Epicenter Major yang berlangsung sekarang, portal e-sukan antarabangsa, VPEsports berpeluang menemu ramah pemain Malaysia, Yap Jian Wei (xNova) tentang hala tuju PSG.LGD. 

Dalam temubual itu, xNova menceritakan mengenai pasukan China yang tidak berapa unggul dalam prestasi.

“Sejujurnya, selain Vici Gaming, saya rasakan pasukan China lain agak stagnant. Kami tak rasa ada masalah melainkan draft dan patch yang memberikan impak kuat kepada pasukan China dan juga gaya permainan kami. Pasukan China tak mempunyai banyak skuad dengan prestasi membanggakan sepanjang musim DPC melainkan VG yang menang Minor di Kiev dan Major di Sweden.

“Jadi apa saya boleh kata, untuk bulan yang menuju ke TI9 ini, banyak perkara kena lakukan. Tapi untuk TI kali ini juga, kami mungkin akan ada kelebihan sebagai tuan rumah kerana boleh praktis di sini saja tanpa perlu ke luar negara. Untuk beberapa tahun lalu, kami selalu melancong ke luar dan memperbaiki jet lag yang banyak gunakan tenaga tanpa sedar.

“Apabila TI9 diadakan di Shanghai, ramai pasukan Barat akan bootcamp di sini dan ia bagus untuk kami (sebagai tuan rumah),” katanya.

xNova juga mengatakan mereka akan fokus pada rehat sementara waktu ketika pusingan kelayakan serantau TI9 dimulakan dan beliau berharap patch baru yang besar dapat disaksikan sebelum TI9 bermula.

“Kami akan berehat seketika dan sambung berlatih apabila kelayakan ini berakhir,” katanya.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+