Legenda CSGO, PashaBiceps, menyertai MMA

Legenda Counter Strike Global Offensive (CSGO), Jarosław ‘pashaBiceps’ Jarząbkowski, bersedia untuk muncul dalam sukan pertempuran sebagai pelawan Mixed Martial Arts (MMA) dalam HIGH League Season 2. Pemain berusia 33 tahun itu akan melangkah ke gelanggang pada 5 Februari di Krakow, Poland.

PashaBiceps pada masa ini adalah pembangun kandungan untuk Team Liquid yang sentiasa sungguh aktif secara fizikal. Beliau tetap komited terhadap gaya hidup sihat sepanjang karier CSGO beliau. Beliau juga antara pemain CSGO yang dikenali mempunyai tubuh fizikal yang tegap dan memecahkan stereotaip bahawa pemain e-sukan tidak sihat.

PashaBiceps akan mengambil bahagian dalam salah satu pertarungan itu, secara rasmi memulakan kerjaya sebagai pelawan MMA. Beliau menerima banyak sokongan daripada seluruh komuniti CSGO dengan mesej peribadi daripada Michal Blicharz iaitu Presiden Pembangun Produk di ESL dan Epitácio ‘TACO’ de Melo iaitu ketua pasukan GODSENT.

 

PashaBiceps sentiasa menggambarkan dirinya sebagai peminat kecergasan yang sentiasa menjalani gaya hidup sihat, memberi kepentingan kepada kecergasan fizikalnya semasa bersaing dalam CSGO di peringkat tertinggi. Selepas tamat bermain CSGO, beliau aktif menyebarkan ideologinya ‘bermain dengan cara yang betul’, dengan membuka Pasha Gaming School dan Pasha Gaming Camp.

Ini bukan kali pertama kita lihat pencipta kandungan melangkah ke gelanggan MMA, sebelum ini kita dapat lihat Logan Paul dan KSI bertembung di gelanggang boxing.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+