Dylan Falco kini ketua jurulatih G2 Esports

Bagi menghadapi musim LEC 2022, G2 Esports kini mengumumkan lantikan bekas jurulatih Schalke 04, Dylan Falco sebagai jurulatih pasukan League of Legends mereka. 

Perlantikan ini dibuat selepas jurulatih mereka, Fabian “GrabbZ” Lohmann, membuat keputusan untuk sertai pasukan baharu LEC iaitu Team BDS.  

Selain Falco, G2 turur melantik bekas penganalisis Schalke 04, Rodrigo “Rodrigo” Domingues Oliveira sebagai ketua penganalisis untuk pasukan mereka bagi musim 2022. 

Falco sebelum ini pernah membantu Fnatic ke pentas akhir Worlds 2018.

Kemudian, menyertai pasukan Schalke 04 pada awal 2019 dan sudah membimbing pasukan itu sepanjang musim 2019 sebelum pasukan itu dibubarkan pada awal 2021. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+