EA akan buang pasukan Rusia dari FIFA dan NHL

Electronic Arts (EA) baru-baru ini membuat pengumuman mengenai proses untuk membuang pasukan nasional Rusia dan kelab profesional Rusia dari permainan video mereka.

FIFA 22, FIFA Online, FIFA Mobile dan NHL 22 antara yang terbabit.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai pasukan mana yang akan dibuang.

EA mengatakan ini adalah seiring dengan rakan FIFA, UEFA dan IIFF.

NHL 22 juga akan membuang kelab dari Belarus.

“EA Sports kini berdiri dan solidariti bersama rakyat Ukraine dan sama seperti semua organisasi bola sepak yang lain, kami memohon keamanan dan hentikan pencerobohan terhadap Ukraine,”

Tambahan lagi, dengan membuang pasukan-pasukan itu akan menjadi perubahan untuk penilaian kepada permainan video EA.

EA kini menjadi salah satu syarikat teknologi termasuk Apple, Facebook dan Youtube untuk mengubah atau membuang perkhidmatan mereka sejak serangan Rusia.

RELATED NEWS

+