EA berkira-kira untuk menukar nama siri FIFA

EA kini sedang mencari idea untuk menamakan semula siri FIFA. Jika hal ini berlaku, ia bakal menandakan berakhirnya sekutu hampir tiga dekad antara EA Sports bersama badan organisasi bola sepak antarabangsa itu.

Di dalam sebuah sidang media mengenai pelancaran FIFA 22, Cam Weber daripada EA Sports menerangkan, “Dengan kami melihat ke hadapan, kami juga sedang mencari idea untuk menamakan semula permainan bola sepak global EA Sports.”

Pembangun menjelaskan bahawa ini tidak akan mengubah perkongsian dan lesen permainan bola sepaknya, “Ini bermakna kami sedang memperincikan perjanjian hak penamaan bersama FIFA, yang berasingan daripada kerjasama dan lesen rasmi kami yang lain, di seluruh dunia bola sepak,”

Pihak EA juga tidak menjelaskan kenapa mereka membuat keputusan ini buat masa ini, walaupun nama FIFA menjadi semakin kurang digemari sejak belakangan ini. Hal ini berikutan FIFA sering terpalit dengan skandal termasuk skandal rasuah terbesar. 

EA dan FIFA mula bekerjasama sejak 1993 dengan pelancaran FIFA International Soccer, dan sejak itu, mereka akan melancarkan sekurang-kurangnya satu permainan FIFA setiap tahun. Bahkan, ia menjadi siri permainan dengan hasil jualan terbaik di dalam sejarah. 

Sebelum ini, Konami juga menukar nama permainan bola sepak mereka, Pro Evolution Soccer (atau Winning Eleven di pasaran Jepun) kepada eFootball.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+