TMJ antara yang terawal dapat main FIFA 23

Hanya beberapa hari sebelum pelancaran global FIFA 23 pada 30 September, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpeluang merasainya lebih awal apabila menjadi antara yang terawal bermain permainan video itu.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail menggunakan salinan yang diberikan oleh GB Gamesbond dan Tunku rasa teruja dapat memainkannya.

Malah, Tunku juga menantikan lebih banyak kolaborasi. Ini mungkin berkaitan dengan penajaan dari JDT berkaitan atlet e-sukan Malaysia dan program lain bersama organisasi e-sukan.

Contohnya, baru-baru ini Akmal dan Luqman turut ditaja JDT untuk terbang ke Copenhagen, Denmark bagi menyertai satu kejohanan berprestij FIFA.

FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September ini dan pembeli edisi Ultimate boleh memainkannya lebih awal berbanding pengguna lain.

RELATED NEWS

+