EA melancarkan video sebalik tabir Skate 4 mengacah konsep open world

EA baru-baru ini mengumumkan permainan Skate terbaru, dijangkakan Skate 4 di EA Play Live pada 19 Julai lepas. Meskipun tajuk kepada sekuel itu masih belum didedahkan, EA juga melancarkan video di sebalik tabir Skate 4 yang menunjukkan sebuah ‘open-world’.

Seperti yang anda lihat, tiada sebarang selingan mengenai rekaan atau apa-apa petunjuk mengenai permainan itu termasuk sebarang rekaan konsep walaupun EA cukup terkenal dengan mengacah sesebuah permainan melalui rekaan konsep.

Tetapi video ini lebih kepada menunjukkan apa pemain inginkan di dalam sekuel yang akan datang dan jika didengar dengan lebih terperinci sedikit perincian yang kita boleh dapatkan. 

Selepas video ini didedahkan, terdapat beberapa individu yang telah diperlihatkan permainan ini antaranya streamer, influencer, pemain papan luncur profesional dan mereka yang ‘berpeluang’ melihat permainan ini, malah mereka memberi sedikit petunjuk mengenai apa yang menanti pemain.

Seorang streamer ada menyatakan “ianya sangat cantik… seluruh open world ini,” sementara ada yang menyatakan ianya mengingatkan mereka kepada Skate 2.

Buat masa ini, ianya masih lagi misteri, dan akan kekal misteri untuk tempoh lebih lama memandangkan ianya tidak akan didedahkan semasa pembentangan EA Play Live akan datang.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+