EA gantung semua pemain profesional Apex Legends dan FIFA dari Rusia dan Belarus

Electronic Arts (EA) meneruskan lagi langkah besar mereka dan kali ini banyak ekosistem e-sukan juga terkena tempias sekatan yang dibuat oleh EA.

Hari ini EA mengumumkan mereka akan membuang semua pemain profesional dari Rusia dan Belarus dalam mana-mana program e-sukan EA untuk Apex Legends Global Series (ALGS) dan EA SPORTS FIFA 22 Global Series.

Sangat berbeza dari VALORANT kerana Riot membenarkan pasukan Rusia tetapi mereka perlu menukar nama dan banner yang neutral.

Bagi FIFA keputusan ini tidaklah memberi impak yang besar untuk kejohanan dianjurkan mereka.

Namun, bagi ALGS, rantau Eropah, Asia Tengah dan Afrika didominasi pasukan dari Rusia.

33 daripada 120 pemain di Pro League adalah dari Rusia.

Ini membuatkan format untuk pertandingan perlu diubah sepenuhnya akibat 12 daripada 40 pasukan adalah dari Rusia.

Pemain-pemain profesional juga tekejut dengan keputusan ini.

Ada juga pemain Rusia yang menunjukkan emel yang mereka dapat dari EA.

Setakat ini semua pentadbir ALGS juga sudah menghantar emel ke semua pemain yang sudah berdaftar sebagai residen Rusia atau Belarus.

Emel itu cuma memberitahu mereka perlu memberi jawapan mereka berada di luar Rusia dan Belarus untuk tindakan selanjutnya.

RELATED NEWS

+