EA perlu membayar RM4 Billion jika mahu tukar nama FIFA

EA baru-baru ini mengumumkan mahu membuat penjenamaan baru untuk permainan video bolasepak FIFA.

Tetapi nama itu dimiliki oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA).

Mengikut laporan dari New York Times, EA perlu membayar FIFA RM4 billion setiap empat tahun semata-mata untuk mengekalkan lesen dan nama baru.

Ini membuatkan EA perlu memikirkan cara untuk menambah cara pengewangan bagi membantu dalam perjanjian baru ini.

EA sudah lama bekerja dengan jenama FIFA sejak tahun 1993 dan mula mengeluarkan francais FIFA secara tahunan bermula 1997.

Konami juga menukar jenama bagi Pro Evolution Soccer (PES) menjadi eFootball awal tahun ini.

EA pula sudah mengeluarkan trademark baru iaitu EA Sport FC di Eropah bulan ini.

Tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan jika penukaran jenama ini berjaya dan FIFA bakal berubah menjadi nama lain.

RELATED NEWS

+