EA Sports bukan dengan FIFA dah..

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Electronic Arts secara rasmi mengumumkan bahawa FIFA 23 yang akan dikeluarkan pada musim luruh ini, akan menjadi FIFA terakhir.

Selama hampir 30 tahun, EA sudah membawa badan bola sepak induk dunia ke dalam permainan sukan utamanya. Walaubagaimanapun, permainan bola sepak EA Sports FIFA akan dinamakan EA Sports FC pada Julai 2023.

“Pengenalan EA SPORTS FC tidak akan memberi kesan kepada permainan bola sepak global semasa EA Sports, dan EA serta FIFA teruja untuk mempersembahkan EA SPORTS FIFA terbesar dan paling meluas sepanjang musim luruh ini,” kata EA dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan Selasa, Ketua Eksekutif EA, Andrew Wilson, berkata bahawa EA Sports FC akan menjadi pemainan kelab bola sepak terbesar dan paling berpengaruh di dunia, di tengah-tengah peminat bola sepak.

“Selama hampir 30 tahun, kami sudah membina komuniti bola sepak terbesar di dunia  dengan ratusan juta pemain, beribu-ribu rakan atlet, dan ratusan liga, persekutuan dan pasukan.

“EA SPORTS FC akan menjadi kelab untuk mereka semua dan untuk peminat bola sepak di mana-mana sahaja” kata Wilson.

Pengurus Besar Eksekutif Tertinggi EA Sports, Cam Weber, mengatakan bahawa EA Sports FC akan menjadi kesinambungan daripada siri FIFA EA Sports di PlayStation, Xbox dan PC.

“Semua yang anda sukai tentang permainan kami akan menjadi sebahagian daripada EA SPORTS FC  pengalaman hebat, mod, liga, kejohanan, kelab dan atlet yang sama akan berada di sana.

“Pasukan pertama, mod kerjaya, kelab pro dan bola sepak volta semuanya akan berada di sana” katanya.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa struktur pelesenan baharu EA Sports FC akan membantu permainan berinovasi dalam bidang baharu di sekitar bola sepak wanita dan akar umbi untuk komuniti global.

Apa pendapat anda?

RELATED NEWS

+