KL City Esports dan Team Haq bekerjasama bertanding di kejohanan eMFL 2022

Kuala Lumpur City Esports secara rasminya akan bertanding di kejohanan eMFL 2022.

Melalui kerjasama kedua-dua pihak, KL City Esports akan diwakili oleh Team Haq.

Pemain profesional FIFA Draco dan Ismir dan jurulatih mereka Amtuah akan menyahut cabaran kejohanan ini.

Muhammad Faid ‘Draco’ Mohd Said, 24 sebelum ini pernah mewakili pasukan PJ City FC di dalam kejohanan eMFL 2020 manakala Iskandar Mirza ‘Ismir’ Mohd Mustafa, 24 pernah mewakili pasukan Selangor FC di dalam kejohanan eMFL 2020.

Ketua jurulatih Team Haq, Nur Amirul ‘Amtuah’ Afandi berkata sebagai penyokong tegar Kuala Lumpur City, dia sangat berbangga dapat mewakili Kuala Lumpur City dalam kancah eMFL 2022.

Kejohanan ini akan berlangsung dalam format pusingan liga dan kalah mati bermula 19 April ini hingga 29 Jun.

Pemenang liga akan bertanding dalam pusingan kelayakan FIFA GLOBAL SERIES yang seterusnya membawa kepada Piala Dunia FIFAe.

Foto: KLCITYFC

RELATED NEWS

+