EA Sports mendedahkan perubahan besar pada e-sukan FIFA 22 Global Series

FIFA Global Series mengalami rombakan signifikan untuk e-sukan dan kejohanan FIFA 22 dengan pengumuman yang memfokuskan beberapa perubahan ketara dari tahun-tahun sebelumnya.

FIFA Global Series (FGS) adalah puncak untuk pemain kompetitif FIFA. Ia memainkan peranan besar dalam membantu mereka lulus ke FIFAe World Cup dan berpeluang untuk menjadi juara dunia.

Format Baru Kejohanan

Perlawanan 2v2 akan menjadi teras dalam konsep e-sukan FIFA 22 dengan pemain berpasangan untuk menentang pasukan lawan. Ini tidak akan menggantikan pertandingan 1v1 yang dikenali oleh pemain FIFA, tetapi menawarkan dimensi lain dalam permainan.

Tambahan pula, musim ini akan menawarkan dua kejohanan 2v2 FIFA 22 yang besar iaitu kategori Team of the Year Cup dan Team of the Season Cup. Pasangan yang menjuarai setiap kejohanan ini akan layak ke FIFAe Club World Cup.

Format 1v1

Pelawanan 1v1 tidak akan berubah dan akan terus menjadi teras dalam esukan FIFA 22.

Tarikh Penting 

FIFA 22 Global Series akan bermula pada 27 November.

Jika anda berminat untuk bertanding, anda perlu mendaftarkan diri di pautan ini sebelum 4 Oktober.

Kelayakan untuk FIFAe Club Series bermula pada bulan November, yang merangkumi Team Of The Year Cup dan Team Of The Season Cup yang baru.

Akhir sekali, tarikh untuk FIFAe Nations Series belum ditetapkan. 

RELATED NEWS

+