Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) kini kembali untuk musim kedua

Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) kini kembali dengan musim kedua.

Esports Intergrated (ESI) sebuah inisiatif di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah peneraju komuniti e-sukan Malaysia.

Berikutan kejayaan MEC 2020/2021 edisi pada tahun lepas dengan lebih 11 ribu pendaftaran, kejohanan kali ini adalah di bawah Pelan Strategik KBS untuk pembangunan e-sukan 2020-2025.

“Dengan kejayaan edisi MEC 2020/2021 dan MEL21, KBS mempercayai dalam meneruskan usaha dalam menyediakan pentas untuk pelbagai jenis pemain sukan elektronik untuk berkembang maju.

“Dari peringkat profesional sehingga amatur, ini akan memberi peluang yang terbuka untuk semua adalah untuk memastikan perjalanan bakat tempatan terus berkembang,” kata Menteri KBS, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Untuk tahun ini, pusingan kelayakan MEC 2021/2022 sudah bermula pada Disember.

Kejohanan ini mempertandingkan e-sukan dari empat permainan yang popular iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Dota 2 dan juga Fifa 22. 

Empat pasukan teratas bagi empat permainan ini akan layak terus ke peringkat suku akhir MEC. 

Manakala, hasil kerjasama dari pihak Moonton akan membuka peluang kepada dua pasukan teratas dari permainan MLBB akan meraih satu slot Kelayakan 8 pasukan teratas Kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kesembilan.

 

RELATED NEWS

+