Delta Emulator – mainkan permainan video retro kegilaan ramai di iOS

Siapa sangka anda akhirnya dapat bermain permainan video retro di peranti iOS anda.

Emulator digelar Delta Emulator ini membolehkan anda bermain permainan video dari  Game Boy, Game Boy Color, Game Boy Advance, Nintendo DS, NES, SNES, dan N64.

Aplikasi ini berjaya menarik orang ramai kerana ada permainan video lama seperti Pokemon, Harvest Moon, Fire Emblem dan lain-lain di telefon pintar.

Secara rasmi, Nintendo memberikan katalog yang sangat sedikit untuk permainan video NES, SNES, dan Game Boy di Nintendo Switch Online.

Switch classic games: How to load your console with over 1600 retro titles  | VGC

Malah, permainan video N64 dan Game Boy Advance juga terhad dan mempunyai harga yang sangat mahal dalam langganan itu.

Apa yang orang ramai buat adalah menggunakan emulator untuk bermain permainan video itu.

Kini datang Delta secara tiba-tiba membuatkan ramai orang bermain permainan video yang mengenangkan zaman kanak-kanak.

Aplikasi seperti Delta membenarkan orang ramai untuk bermain hampir apa sahaja ROMs permainan video dari laman sesawang lain secara percuma.

Sudah semestinya Nintendo masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai penggunaan permainan video haram dari pelantar mereka.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai versi Android.

Jika anda ingin memuat turun, taip sahaja Delta Emulator dan mula mainkan.

RELATED NEWS

+