NieR: Automata adalah permainan Hack-n-Slash dengan elemen RPG yang sangat popular dari Square Enix.
Permainan ini tampak mudah tetapi sebenarnya sukar untuk beberapa bos.
Tanpa disangka ada seorang peminat NieR yang membuat semula permainan ini dari Unreal Engine semata-mata untuk dimain di pelantar Android.
Walaupun tidak secantik NieR: Automata asal, apa yang dicapai ini patut dibanggakan.
Permainan yang ditunjukkan juga sangat lancar dan boleh dikatakan sesuai sebenarnya untuk dimainkan menggunakan skrin sentuh.
Apa yang ditunjukkan adalah sedikit konsep dunia terbuka dan perlawanan ringkas.
Anda boleh cuba NieR: Automata tidak rasmi ini di pelantar Android anda.
Namun anda perlu ingat ini adalah dibangunkan peminat, bukannya rasmi dari Square Enix.