ESL Mobile Challenge menganjurkan League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021

ESL Mobile Challenge bersama Riot Games Asia Tenggara mempersembahkan League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021, sebuah kejohanan e-sukan besar untuk Wild Rift.

Ia adalah kesinambungan untuk SEA ICON Series: Fall Season yang sedang berlangsung, di mana 20 pasukan akan bersaing untuk memenangi hadiah sehingga AS$200,000.

20 pasukan itu dari 9 negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong serta Australia dan New Zealand yang akan dipilih melalui kelayakan Oceania.

Setiap peringkat kejohanan akan ditayang secara langsung pada tarikh seperti berikut:

  • Peringkat 1 – Play In: 14 – 19 September 
  • Peringkat 2 – Peringkat Kumpulan: 23 – 26 September
  • Peringkat 3 – Acara Utama: 30 September – 3 Oktober

Kejohanan ini akan ditayangkan dalam lapan bahasa berbeza. Tetapi, anda boleh saksikan siaran langsung Bahasa Inggeris di saluran Twitch, YouTube dan Facebook.

Manakala, untuk Bahasa Malaysia anda boleh saksikan di laman Twitch, YouTube dan Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh ikuti ESL Mobile di Twitter dan ESL Asia di Facebook dan Instagram

RELATED NEWS

+