Kelvin Pang dedahkan cabutan kumpulan MLBB dan Wild Rift lelaki

Pengurus Pasukan E-Sukan Kontinjen Negara Sukan SEA Hanoi 2021 iaitu Kelvin Pang kini mendedahkan cabutan kumpulan untuk permainan Wild Rift dan juga MLBB.

WILD RIFT LELAKI

Kumpulan A menyaksikan pasukan dari negara Laos, Singapura, Vietnam dan juga Myanmar. Manakala kontinjen negara akan berentap di kumpulan B bersama Filipina dan Thailand.

MOBILE LEGENDS

Malaysia akan digandingkan bersama juara dunia iaitu Filipina, Laos dan Myanmar. Di kumpulan B, negara jiran Indonesia akan berhadapan dengan Vietnam dan Singapura.

Mari kita sama-sama berikan sokongan hebat kepada Kontinjen Negara yang mewakili Malaysia untuk membawa pulang pingat emas.

Wild Rift akan bermula pada Jumaat manakala MLBB pada 18 mei untuk peringkat kumpulan dan akan berakhir pada 20 mei ini.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+