7 permainan video mudah alih terbaik tahun 2021 – Selamat Tahun Baru

Permainan video mudah alih mana yang perlu anda muat turun untuk cuba?

Banyak sebenarnya permainan video yang mempunyai ramai komuniti aktif dan sudah pasti seronok untuk dimainkan

Jom tengok 7 Permainan Video Mudah Alih terbaik tahun ini:

1. Raid Shadow Legends

Semua orang pernah dibanjiri dengan iklan Raid Shadow Legends tetapi sebenarnya permainan ini mempunyai grafik yang sangat cantik.

Tambahan lagi, Raid Shadow Legends mempunyai kempen Pemain lawan Persekitaran (PVE) yang sangat menarik dan penuh dengan penceritaan.

Sistem Pemain lawan Pemain (PVP) juga memainkan peranan penting dalam Raid Shadow Legends.

2. League of Legends: Wild Rift

Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) menjadi satu genre besar dalam dunia e-sukan.

League of Legends versi PC juga sudah memenangi permainan video e-sukan terbaik di The Game Awards 2021.

Malah, versi mudah alih ini juga tidak kurangnya dengan sedikit perbezaan untuk beberapa Champion bagi lebih memudahkan pemain-pemain baru.

3. Mobile Legends Bang Bang (MLBB)

M3 yang baru sahaja berakhir menunjukkan Mobile Legends Bang Bang adalah satu kuasa besar permainan video MOBA di Asia Tenggara.

Malah, Moontoon berjaya menarik ramai peminat-peminat Mobile Legends.

Dipenuhi dengan hero yang sangat menarik dan mudah untuk dimainkan oleh semua orang tidak mengira umur.

Sudah pasti MLBB menjadi fenomena besar untuk ramai para gamer di peranti pintar.

4. Call of Duty: Mobile

Call of Duty: Mobile menunjukkan permainan video menembak di pelantar Android dan iOS masih boleh memberi impak yang besar.

Penuh dengan aksi yang pantas dan banyak mod permainan untuk dimainkan.

Sudah tentu yang paling disukai ramai adalah mod Battle Royale.

5. Fantasian

Fantasian muncul apabila pengeluar permainan video mahu mengambil serius dalam pengeluaran permainan video di pelantar mudah alih.

Fantasian adalah RPG yang sangat cantik dan penuh dengan elemen bagai Final Fantasy.

Dunia dan seni rekaan Fantasian sangat menarik kerana anda seolah-olah bermain di dalam model diorama.

6. Seven Knights 2

Seven Knights 2 mempunyai kualiti seperti permainan video AAA yang lain.

Aksi pantas permainan ini dengan perlawanan dalam masa nyata banyak membawa elemen RPG.

Seven Knights 2 juga memberi lebih fokus kepada penceritaan dan menyambung dari Seven Knights lama.

7. Genshin Impact

Genshin Impact bukanlah permainan video baru untuk 2021 tetapi Genshin Impact berjaya memenangi permainan video mudah alih terbaik di The Game Awards 2021.

Bukan hanya di pelantar mudah alih malah di pelantar yang lain juga.

Dengan dunia yang besar dengan penceritaan yang mendalam ditambah juga dengan kemas kini terbaharu yang sentiasa ada.

Tidak lupa juga permainan dan cara berlawan Genshin Impact yang tampak mudah tetapi begitu mendalam.

Permainan Video Mudah Alih mana lagi yang menjadi pilihan anda?

RELATED NEWS

+