KBS nyatakan sokongan dalam membangunkan ekosistem e-sukan tempatan

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menyatakan sokongan dan komitmen pihak kementeriannya (KBS) dalam membangunkan ekosistem e-sukan tempatan.

Dalam satu majlis perlepasan atlet negara ke Singapura untuk kejohanan dunia Mobile Legends, M3 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, beliau menggesa Malaysia untuk memberikan sokongan kepada atlet-atlet ini tanpa mengira jenis sukan.

“Menerusi acara ‘flag-off’ ini, saya harap lebih banyak perhatian dan sokongan diberikan kepada pasukan Malaysia di masa hadapan.

“Tanpa mengira jenis sukan, anda semua adalah atlet Malaysia,” katanya.

Todak dan Team SMG adalah wakil negara yang layak ke kejohanan dunia itu.

“KBS menerusi Esports Integrated (ESI) akan terus menyokong ekosistem e-sukan tempatan dengan merancakkan lagi pencapaian atlet tempatan dengan memainkan peranan proaktif dalam memberikan sokongan terhadap kejohanan penting dalam komuniti.

“Menerusi kolaborasi ESI dengan MOONTON Games, KBS sudah pun menyokong MPL MY S7, MPL MY S8 dan ‘flag-off’ M3 tahun ini dan akan teruskan usaha itu untuk tahun-tahun akan datang,” kata Fadzli Rahim, Naib Presiden ESI.

Sementara itu, Fikri Rizal Mahruddin selaku Pengurus Pembangunan Bisnes dan Pemasaran MPL Malaysia berkata, kebanyakan pemain muda hari ini adalah mereka yang daripada awalnya bermain dalam acara komuniti atau pertandingan sehinggalah ke pentas besar.

M3 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura apda 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Sebanyak RM3.3 juta akan dipertandingkan kepada 16 pasukan MLBB yang terbabit.

Artikel berkaitan: Ikuto yakin Todak mampu berjaya di M3

Artikel berkaitan: Seorang ibu pemain ini menyokong karier anaknya

RELATED NEWS

+