EVOS Legends tumbang, ONIC Esports lebih menyerlah

Perlawanan di peringkat lower bracket terakhir MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan ONIC Esports akan menentang EVOS Legends. 

Pemenang untuk pusingan ini akan ke Grand Final dan mendapat slot ke Kejohanan Dunia M3. Pasukan ONIC lebih hebat pada 2 perlawanan awal, mereka mendahului dengan skor 2-0.

Namun begitu, pasukan EVOS Legends membalas dengan corak permainan yang lebih berdisiplin dan memaksa ONIC untuk bermain perlawanan kelima.

Perlawanan terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing bermain dengan begitu baik dan perbezaan gold tidak ketara ketika minit awal permainan.

ONIC Esports mula memburu objektif dan kill untuk mengawal peta dan memberikan tekanan kepada EVOS. Lord pertama hampir didapatkan pasukan ONIC namun berjaya dihalang oleh pasukan EVOS.

Akan tetapi, ONIC berjaya juga mendapat Lord yang pertama selepas Clover berjaya ditumbangkan di dalam peta. EVOS masih mampu mempertahankan inhibitor turret mereka.

EVOS Legends berjaya melakukan epic comeback selepas mereka menumbangkan Butss dan Sanz di pertarungan bahagian tengah lane.

EVOS seterusnya mendapatkan Luminous Lord untuk melakukan pushing ke arah base ONIC Esports. 

Kedua-dua pasukan harus bertahan dan menguatkan mental mereka untuk tidak melakukan kesilapan di minit terakhir ini. Hanya dengan satu kesilapan, mereka akan segera tewas di tangan musuh.

ONIC Esports akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan selepas berhempas pulas selama 30 minit.

Mereka akan layak ke Grand Final untuk bertemu dengan RRQ Hoshi bagi menentukan siapakah yang akan bergelar juara MPL ID musim kelapan.

 

RELATED NEWS

+