Facebook Malaysian Esports Federation (MESF) digodam

Baru-baru ini, Facebook milik Malaysia Esports Federation (MESF) digodam oleh individu tidak dikenali.

Di dalam satu ciapan dimuatnaik penggodam itu, dia mahu menjual akaun Facebook MESF dengan harga AS$700 ataupun RM3,106.

Dia turut meletakkan nama Telegram di ciapan itu bagi mana-mana pihak yang mahu membelinya.

Selepas itu dia turut memuatnaik satu foto di mana seorang pembeli mahu membuktikan akses akaun itu.

Setakat menulis artikel ini, akaun MESF masih digodam dan tidak dapat digunakan oleh pemilik akaun itu.

TAGS

RELATED NEWS

+