Versi Mod GTA V berjaya dimasukkan ke Nintendo Switch

Grand Theft Auto V antara permainan video terkenal di dunia.

Ia dilancarkan pada tahun 2013 di pelantar PlayStation 3 dan Xbox 360.

Permainan ini kemudiannya mendapat kejayaan besar disebabkan GTA Online yang kemudiannya dikeluarkan ke PC, PS4 dan Xbox One pada tahun 2022 untuk versi generasi baharu.

Beberapa modder bekerjasama untuk mengeluarkan GTA V versi Switch dan akhirnya mereka berjaya.

Seperti jangkaan ramai, GTA V di Switch adalah sangat teruk kualiti grafiknya seperti yang anda sangka.

Nintendo Switch sudah diketahui ramai mempunyai spesifikasi yang sangat rendah jika dibandingkan dengan konsol yang ada di pasaran sekarang.

Mungkin Switch 2 akan mengubah perkara ini nanti.

RELATED NEWS

+